Friday 11 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019


Bismillah. Alhamdulillah.

Selamat sejahtera. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke -3 kami beroperasi sebagai kedai printing. Banyak pengalaman pahit manis dalam menajalankan perniagaan ini. Bukan mudah kerana kami baru mula bertapak dan baru mahu dikenali orang ramai terutamanya masyarakat di sekeliling kami.

Alhamdulillah, berkat usaha dan sabar, kami berjaya dan masih lagi berdiri di sini. Ada dikalangan sahabat-sahabat yang tutup kedai, malah ada juga yang memulakan perniagaan baru. Bagi kami di Faizal Dot Printing, ini adalah lumrah dunia perniagaan. Ada masa bagus, ada masa tidak bagus.

Namun begitu, ia tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus maju dalam perniagaan ini. Setiap perniagaan ada potensi untuk pergi jauh jika kena caranya.

Kami telah banyak membantu usahawan dan juga pelanggan yang mahukan khidmat kami. Terutamanya di kawasan kami sendiri di Bandar Seri Jempol. Walaupun baru, tetapi kepercayaan pelanggan terhadap kami tetap tinggi.

Bukanlah mesin yang hebat yang menjadi pertaruhan, tetapi perkhidmatan yang terbaik yang kami tawarkan kepada pelanggan terutamanya dalam berurusan dengan kami.

Kami cuba memberikan pengalaman yang manis kepada para pelanggan. Kepuasan kami apabila dapat melihat pelanggan tersenyum puas dan gembira dengan hasil kerja kami.

Tahun 2019


Tahun baru 2019 kami harapkan dapat terus memperbaiki mutu perkhidmatan. Di samping itu tawaran-tawaran menarik juga akan menyusul insyaAllah.

Masalah yang selalu dikongsi oleh pelanggan adalah berkaitan harga. Harga sebenarnya tidak menjadi masalah jika pelanggan mahukan yang terbaik.

Kami berusaha memberikan harga yang berpatutan sesuai dengan perniagaan yang kami jalankan. Kami berusaha untuk tidak mengikut rentak pesaing lain yang sering melakukan buang harga yang akhirnya akan merugikan perniagaan mereka sendiri.


Akhir Kalam


Kami doakan semoga perniagaan kami akan terus berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar pada tahun ini.

Doakan kami agar dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik dan juga kami sentiasa mendoakan anda terutamanya pelanggan setia kami dengan doa kebahagiaan dan kemudahan dalam menjalankan urusan.

Didoakan anda terus kekal bersama kami dan sentiasa mengingati kami sebagai tempat untuk melakukan tempahan banner, bunting, sticker, baju dan sebagainya.

Jangan lupa untuk follow kami di instagram dan juga facebook.

0 comments:

Post a Comment