Sunday 19 January 2020

Selamat Tahun Baru 2020 Dan Kami Sepenuhnya Akan Menerima Tempahan Online Sahaja



Biismillah. Alamdulillah.

Terima kasih kerana terus bersama kami. Kepada anda yang baru singga ke Faizal Dot Printing tu, kami ucapkan selamat datang.

Di sini kami ingin mengucapkan selamat tahun baru 2020.

Walaupun agak terlewat (sudah hampir 20 hari berlalu) kami ingin nyatakan juga rasa syukur dapat menjejakkan kaki ke tahun 2020.

Kami sentiasa berdoa agar perniagaan kami dan anda terus maju dan meningkat dari tahun ke tauhun.

Kami akui, setiap tahun akan berlaku cabaran-cabaran diluar jangka. Oleh kerana itu, kami sedaya upaya cuba untuk bertaan dan menggunakan strategi baru untuk membolekan kami terus relavan dengan masa-masa akan datang.

InsyaAllah kami masih ada dan terus memberikan servis yang terbaik untuk anda semua.

Sekiranya anda ingin menempah banner, bunting, kad kahwin dan sebagainya, anda boleh terus wasap ke 019-6338851 atau ikuti kami di facebook dan mesej ke inbox kami.

InsyaAllah kami akan cuba memberikan respon yang pantas.

Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Friday 23 August 2019

15 Tips Jimat Bajet Kahwin

Adakah anda sedang memikirkan bagaimana majlis perkahwinan anda akan berlangsung? Berapa bajet yang diperlukan?
.
Di sini kami kongsikan 15 tips jimat Bajet Kahwin.
.
Mohon share dengan rakan-rakan anda yang bujang dan yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. 😊
.
#faizaldotprinting
#bandarserijempol
#tipskahwin


Thursday 22 August 2019

Mengapa Anda Perlu Label Sticker Untuk Produk Anda?

Mungkin ramai yang tidak tahu bertapa pentingnya label sticker terutamanya untuk produk anda.
.
Sebagai pelanggan sudah pasti perkara pertama yang akan dilihat dengan menggunakan mata adalah produk yang mempunyai sticker yang cantik dan menarik.
.
Sekiranya anda pemilik produk, kami sedia membantu anda mendapatkan design yang menarik untuk memukau mata bakal pelanggan anda insyaAllah.
.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Boleh PM ke inbox kami atau wasap ke 019-6338851 untuk order dan pertanyaan.
.
**Gambar sekadar hiasan.

#faizaldotprinting
#bandarserijempol
#labelsticker
#sticker
#stickercantik


Monday 17 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019


Bismillah. Alhamdulillah.

Kami memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan kami kekuatan untuk terus berada di arena perniagaan percetakan di Bandar Seri Jempol ini.

Kami warga Faizal Dot Printing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan kami dan bakal pelanggan.

Walaupun agak lewat, tetapi kami tetap mengingati anda semua.

Mohon maaf salah dan silap kami serta kekurangan yang kami lakukan sepanjang menjalankan perniagaan percetakan. Kami sedar dan tahu kami masih lagi hijau dan banyak perkara perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas sokongan anda.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan mengenai percetakan, anda boleh terus ke bahagian hubungi kami atau terus wasap kami di nombor telefon yang disediakan.

Allah Maha Besar. Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Jumpa lagi.

#faizaldotprinting

Thursday 14 February 2019

Kami Berpindah Ke Kedai Baharu

Bismillah. Alhamdulillah.

Tahun baru ini memberikan kami semangat yang baru untuk berhijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik dan paling utama bagi kami adalah untuk memudahkan pelanggan menjumpai kami serta berurusan dengan kami.

Untuk makluman pelangan-pelanggan yang dihormati sekalian, kami sudah berpindah ke kedai baharu iaitu di tingkat bawah.

Semua ini adalah untuk memudahkan anda untuk datang ke kedai kami dan juga untuk memudahkan setiap bakal pelanggan menjumpai dan berurusan dengan kami.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini untuk mencari kedai kami ya.

Bagi anda yang berada di kawasan Bandar Seri Jempol dan sekitarnya, pasti mudah untuk anda mencari kedai kami kerana kedai baru kami sebaris dengan pejabat ADUN (BN) SERTING.

Terima kasih atas sokongan anda.

Jika anda ingin menempah apa-apa servis dari kami, anda boleh terus wasap ke 019-6338851 untuk order dan pertanyaan.

Jangan lupa untuk google kami ya.


Friday 11 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019


Bismillah. Alhamdulillah.

Selamat sejahtera. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke -3 kami beroperasi sebagai kedai printing. Banyak pengalaman pahit manis dalam menajalankan perniagaan ini. Bukan mudah kerana kami baru mula bertapak dan baru mahu dikenali orang ramai terutamanya masyarakat di sekeliling kami.

Alhamdulillah, berkat usaha dan sabar, kami berjaya dan masih lagi berdiri di sini. Ada dikalangan sahabat-sahabat yang tutup kedai, malah ada juga yang memulakan perniagaan baru. Bagi kami di Faizal Dot Printing, ini adalah lumrah dunia perniagaan. Ada masa bagus, ada masa tidak bagus.

Namun begitu, ia tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus maju dalam perniagaan ini. Setiap perniagaan ada potensi untuk pergi jauh jika kena caranya.

Kami telah banyak membantu usahawan dan juga pelanggan yang mahukan khidmat kami. Terutamanya di kawasan kami sendiri di Bandar Seri Jempol. Walaupun baru, tetapi kepercayaan pelanggan terhadap kami tetap tinggi.

Bukanlah mesin yang hebat yang menjadi pertaruhan, tetapi perkhidmatan yang terbaik yang kami tawarkan kepada pelanggan terutamanya dalam berurusan dengan kami.

Kami cuba memberikan pengalaman yang manis kepada para pelanggan. Kepuasan kami apabila dapat melihat pelanggan tersenyum puas dan gembira dengan hasil kerja kami.

Tahun 2019


Tahun baru 2019 kami harapkan dapat terus memperbaiki mutu perkhidmatan. Di samping itu tawaran-tawaran menarik juga akan menyusul insyaAllah.

Masalah yang selalu dikongsi oleh pelanggan adalah berkaitan harga. Harga sebenarnya tidak menjadi masalah jika pelanggan mahukan yang terbaik.

Kami berusaha memberikan harga yang berpatutan sesuai dengan perniagaan yang kami jalankan. Kami berusaha untuk tidak mengikut rentak pesaing lain yang sering melakukan buang harga yang akhirnya akan merugikan perniagaan mereka sendiri.


Akhir Kalam


Kami doakan semoga perniagaan kami akan terus berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar pada tahun ini.

Doakan kami agar dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik dan juga kami sentiasa mendoakan anda terutamanya pelanggan setia kami dengan doa kebahagiaan dan kemudahan dalam menjalankan urusan.

Didoakan anda terus kekal bersama kami dan sentiasa mengingati kami sebagai tempat untuk melakukan tempahan banner, bunting, sticker, baju dan sebagainya.

Jangan lupa untuk follow kami di instagram dan juga facebook.

Wednesday 18 July 2018

Label Sticker Untuk Produk


Bismillah. Alhamdulillah.

Ramai dikalangan pemilik produk memerlukan label sticker bukan sahaja untuk `branding` tetapi juga mempunyai maklumat yang tepat tentang produk yang dijual.

Kami bersedia membantu anda mendapatkan label sticker yang berkualiti pada harga yang berpatutan. 

Tekan link di bawah untuk oder dan pertanyaan tentang label sticker;


Saturday 30 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah. Alhamdulillah.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Kami dari Faizal Dot Printing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam terutamanya pelanggan-pelanggan setia kami.

Didoakan anda beroleh keampunan dan rahmat Allah serta berbahagia di samping keluarga tercinta.

Saturday 19 May 2018

Salam Ramadhan 2018


Bismillah, Alhamdulillah.

Sesudah sekian lama kita menunggu, akhirnya kita dapat menyambut bulan Ramadhan yang barakah ini. Kami dengan rasa rendah hati, ingin memohon maaf kepada pelanggan kami dan bakal pelanggan jika ada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Bulan yang penuh rahmat dan berkat ini, adalah bulan yang terbaik untuk kita mengasah semula iman dan amal kita sebagai hamba Allah s.w.t.

Kita sebagai hamba Allah sudah tentu tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Kami sentiasa mendoakan anda agar dapat beribadah dengan sehabis baik pada bulan yang  mulia ini dan kami doakan anda berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sekiranya anda ingin menempah apa jua produk seperti label sticker, banner, bunting, baju dan sebagainya, kami sentiasa berada di samping anda.

Wasap kami di 019-6338851 atau hubungi kami melalui facebook Faizal Dot Printing.

#faizaldotprinting #bandarserijempol #sticker #labelsticker #tshirt

Thursday 14 December 2017

Sticker Buku Sekolah

Bismillah, alhamdulillah.

Bersempena dengan akhir tahun ini dan sekolah yang bakal dibuka dalam masa beberapa minggu lagi, kami telah melancarkan sticker buku untuk kemudahan ibubapa sekalian.

Sticker buku ini kalis air, dan mempunyai gam yang baik. Jadi ibubapa sekalian tidak perlu risau jika terkena air dan sebagainya.

Dimana anda boleh gunakan sticker buku ini?

Sebenarnya, sticker ini tidak semestinya digunakan untuk dilekat pada buku sekolah, ia juga boleh digunakan pada pen, pensil warna dan alat tulis anak-anak tuan puan.

Contoh-contoh sticker kami adalah seperti di bawah ini. Sekiranya ibubapa yang dikasihi sekalian berminat untuk oder, boleh tekan butang wasap di bawah ya.



Klik butang di bawah untuk oder dan pertanyaan.

http://wasap.my/+60196338851
 
 

Wednesday 18 October 2017

UV Sticker

Bismillah.

Adakah anda mempunyai kiosk atau kedai kecil untuk menjual barang? Tidak tahu cara yang sesuai untuk mempromosikan barang atau pernigaan anda agar diingati oleh pelanggan dan bakal pelanggan?

Di sini kami ingin menawarkan khidmat mencetak (printing) UV Sticker. 

Ada banyak kegunaan Uv Sticker terutamanya untuk perusahaan besar dan papan iklan sebagai contoh iklan di kedai yang nampak eksklusif dan juga papan iklan jalan raya.

Mereka menggunakan kaedah ini agar gambar yang diambil tahan lama dan berkualiti tinggi.

Di bawah adalah antara pelanggan kami yang mempunyai kiosk ayam goreng yang telah menempah UV Sticker dengan kami.



Sekiranya anda mahu menempah dengan kami, whatsapp kami dengan menekan butang di bawah.



Thursday 5 October 2017

Business Card

Ramai yang tidak tahu akan kepentingan menggunakan kad perniagaan atau business card sebagai alat untuk memasarkan perniagaan mereka. Ini adalah kerana sebagai usahawan, kita memerlukan banyak alat untuk menonjolkan perniagaan kita kepada bakal pelanggan.

Kami ada menyedikan servis mencetak business card dengan harga berpatutan.

Di bawah adalah salah satu contoh kad perniagaan yang di tempah dengan kami. Sekiranya anda berminat untuk menempah dengan kami, klik pada banner di bawah ini.


Contoh business card yang boleh di tempah dengan kami. Ada banyak jenis material yang kami sediakan untuk anda. Antaranya Art Card mengikut ketebalan 230 gsm, 260 gsm dan sebagainya. Hubungi kami terlebih dahulu untuk pertanyaan.